Entries ME CHINGU
Bienvenue :)
Welcome to my blog. Feel the music :)
Credit

Skin by : Zuhairah Zainuddin

Edited by : Fiqa(me)

just be yourself .
Rabu, 1 Jun 2011 | 11:43 PTG | 0 army(s)
Lakukan sesuatu ikot kemampuan diri dan jangan mudah terpanggil dengan keinginan untuk menjadi seperti orang lain dan juga jangan pernah mengharapkan sesorang itu mesti sama dengan diri kita .

lebih baik kita bersikap jujur pada diri sendiri dan jangan cuba menjerat diri sendiri dengan MENIPU . kita juga janganlah mencuba mengambil kesempatan di atas kelamahan orang lain .

tapi kenapa eh orang lain suka sangat ambik kesempatan ke atas diri kita ? erm , maybe kita ni terlalu baik hati dan pemurah sampaikan kita tak sedar ada yang cuba ambik kesempatan ke atas diri kita . perangai macamni memang tak elok ! lebih-lebih lagi dalam persahabatan atau dalam percintaan . tapi biasalah , manusia kan mana pernah bersyukur .

kalau setakat muka je cantik atau handsome , tapi perangai buruk pun tak ada gunanya . lama-lama boleh buat orang sekeliling nai menyampah ! aku yakin , korang mesti kecewa dengan attitude sesetengah orang yang taktau nak menghargai orang lain , kan ?

seseorang itu tidak boleh dinilai dari penampilan luarnya sahaja . 'emas' dan 'permata' yang ada dalam diri  seseorang hanya boleh dilihat jika kita mampu mendalami jiwanya . diperlukan kepandaian untuk menjenguknya and semua tu memerlukan masa dan proses yang sangat lama . kita tak boleh menilai seseorang tu dengan hanya melalui tuturkata dan sikap yang kita lihat sekali je . contohnya , kalau orang tu tengah marah and tak dapat mengawal emosinya , lepastu dia mencarut-carut bagai .. kita tak boleh lah judge dia sebagai 'kurang ajar , takda adab ataupun jahat .' kadang-kadang yang kita sangka 'emas' tu ternyata 'kaca' dan yang kita lihat sebagai 'kaca' itulah sebenarnya emas . so , DON'T JUDGE BOOK BY IT'S COVER KAYY !

orang kata , kecantikan dalaman tu lebih penting . semua orang ada kelebihan dan kecantikan masing-masing . kecantikan semulajadi akan lebih terpancar jika dia memiliki hati yang cantik . muka yang cantik atau handsome tu adalah sebagai bonus dan kita harus bersyukur atas pemberian Tuhan kepada kita . yang tak cantik tu , janganlah rasa rendah diri erk . terimalah diri kita seadanya . lagipun apa yang ada pada diri kita semuanya adalah pemberian Tuhan . lastly , just remember 'WHAT GOES AROUND COMES AROUND' ! 'WHAT YOU GIVE , YOU GET BACK' ataupun dalam bahasa melayunya , 'KARMA' . so , sentiasalah berbuat baik kerana mata Tuhan sentiasa tertuju di situ . kalau korang buat baik dengan orang , insyaAllah korang dapat balasan yang baik dari Tuhan and begitulah sebaliknya . yelah , dunia ni kan ibarat roda . bukan selalu kita kat atas . so , renung-renungkan lah . :)

Label:


Older Post | Newer Post